MDTelupid lonjak ke tempat keempat PBT daerah terbaik Malaysia

IMG 20260912 WA0223

BERTAM: 12 September 2026 – Majlis Daerah Telupid (MDTelupid) mencatat pencapaian membanggakan selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Transformasi Tadbir Urus Terbaik Tahun 2026 sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026 di Bertam Resort, Pulau Pinang, hari ini.

1003653988
Kakitangan MDTelupid pada majlis berkenaan.

Pengiktirafan itu diberi susulan lonjakan prestasi ketara MDTelupid dalam penilaian transformasi tadbir urus PBT, dengan pencapaian yang meningkat secara konsisten sejak 2022.

Pada 2022, MDTelupid merekodkan 58.06 peratus dengan penarafan dua bintang sebelum meningkatkan prestasinya kepada 73.13 peratus dengan penerafan tiga bintang pada 2024.

1003653994
Carta penilaian PBT

Namun, peningkatan paling ketara dicapai tahun ini apabila MDTelupid memperoleh 92.07 peratus dan penarafan lima bintang, sekali gus melonjak dua bintang berbanding penilaian 2024.

Prestasi berkenaan turut mengubah kedudukan MDTelupid secara drastik di peringkat nasional, dari tempat ke-87 pada 2024 ke tempat keempat daripada 92 PBT kategori daerah seluruh Malaysia pada 2026.

Lonjakan berkenaan memperlihatkan peningkatan sebanyak 18.94 mata peratusan dalam tempoh dua tahun, selain mencerminkan usaha berterusan MDTelupid dalam memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Pencapaian itu sekali gus meletakkan MDTelupid dalam kelompok empat PBT daerah berprestasi terbaik di negara ini dan menjadi antara pencapaian penting dalam agenda transformasi tadbir urus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal