LABUAN: 13 Ogos 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan menyita lima gelen berisi petrol tanpa permit atau kebenaran bertulis dalam operasi Ops Tiris 4.0 Bersepadu di Ujong Pasir.
Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, tindakan itu dijalankan susulan aduan pengguna oleh sepasukan pegawai penguat kuasa di kawasan letak kenderaan.
Pemeriksaan mendapati sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan ditinggalkan tanpa pemilik, sebelum lima unit gelen mengandungi petrol ditemui.
Kes diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 Akta 122, manakala keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM5,377.
Untuk kesalahan pertama, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam kes berasingan di sebuah pasar mini, peniaga didapati memaparkan dua tanda harga berlainan pada bahagian ayam yang dijual.
Tindakan diambil mengikut Seksyen 12(1)(a), Akta Perlindungan Pengguna 1999 Akta 599.
Jika disabitkan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: KPDN Labuan

