MCMC Laksana Pelbagai Inisiatif Digital di Sabah

WhatsApp Image 2026 08 11 at 11.18.27 AM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 11 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan beberapa inisiatif infrastruktur digital di Sabah untuk memperluas capaian internet.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, JENDELA Fasa 2 melibatkan lebih 300 lokasi di Sabah dengan penggunaan internet satelit untuk kawasan pedalaman.

“Untuk kawasan terpencil yang mempunyai penduduk, kita menggunakan strategi berbeza kali ini,” katanya selepas menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, ujian percubaan program Direct-to-Device (D2D) turut dijalankan untuk membolehkan internet satelit disalurkan terus ke telefon bimbit pengguna.

Selain itu, projek Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) akan menghubungkan Sedili, Kuching, Miri, Tanjung Aru, Sandakan dan Tawau untuk menyediakan liputan internet lebih laju dan berpatutan.

Sementara itu, MCMC mengesan lebih 2,000 akaun palsu di seluruh negara sejak lima hingga enam minggu lalu yang terlibat dalam penyebaran berita palsu, kandungan 3R, penipuan dan perjudian dalam talian.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal