Komuniti rakan strategik Kerajaan sampaikan maklumat – Arifin

WhatsApp Image 2026 08 17 at 11.55.03 AM 2

MEMBAKUT: 17 Ogos 2026 – Komuniti perlu dijadikan rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan maklumat dasar kepada masyarakat setempat secara lebih meluas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Mohd Arifin Mohd Arif berkata, komuniti merupakan medium pengantara paling mudah, berkesan untuk menyalurkan maklumat kerajaan kepada masyarakat.

WhatsApp Image 2026 08 17 at 11.55.03 AM 1

“Setiap agensi kerajaan sewajarnya menjadikan komuniti di kawasan masing-masing sebagai rakan strategik kerana mereka merupakan medium terdekat untuk menyampaikan mesej organisasi kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pegawai Daerah Membakut, Yuesri Ismail Yusof, ketika merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 di Tapak Tamu Rabu Pekan Membakut, Sabtu.

WhatsApp Image 2026 08 17 at 11.55.03 AM

Menurut Arifin, program itu turut membuka ruang penyampaian maklumat berkaitan dasar kerajaan, pembangunan secara terus kepada masyarakat.

Justeru, beliau menyeru masyarakat menyemarakkan Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia, Hari Sabah menerusi Kempen 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang (1R1JG).

Seramai 200 orang hadir, manakala 12 rakan strategik mengambil bahagian dalam penyampaian perkhidmatan.

Konvoi KMJG 2026 Peringkat DUN Membakut diketuai Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Azman Sipan bersama 20 peserta sebelum menaiki kereta api dari Stesen Membakut ke Stesen Bongawan untuk mengedarkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah kepada penumpang.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal