KOTA KINABALU: 8 Jun 2026 – Tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di Mindanao, Filipina pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada jam 7.37 pagi pada kedalaman 50 kilometer dengan pusat gempa di latitud 5.7 darjah utara dan longitud 125.1 darjah timur.
Menurut MET Malaysia, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Tawau dan Semporna.
“Berdasarkan analisis MET Malaysia, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, 8 Jun 2026,” menurut kenyataan itu.
Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
MET Malaysia berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan kejadian itu dan mengeluarkan maklumat terkini apabila diperlukan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi jabatan atau menghubungi talian hotline 1300-22-1638.
