Bayaran interim MA63 RM1. 5 billion diputuskan 3 Ogos

IMG 0463

KOTA KINABALU: 1 Ogos 2026 — Keputusan rasmi pembayaran interim RM1.5 bilion di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditentukan jawatankuasa teknikal yang bersidang pada 3 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, berkata perkara itu kemudian akan dibentang di Parlimen dan diwartakan dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebelum pembayaran dibuat.

IMG 0462

“Pewartaan ini penting supaya peruntukan RM1.5 bilion pembayaran interim ini akan dibayar setiap tahun sehingga ada perubahan,” katanya pada Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan Hari Malaysia Peringkat DUN Inanam 2026 di Dewan Masyarakat Manggatal, pada Sabtu.

Pengumuman bayaran interim itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

IMG 0464

Dalam program sama, Mustapha turut menyeru Komuniti MADANI memainkan peranan menangkis penyebaran berita palsu dan memperkukuh perpaduan masyarakat.

Terdahulu, konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor tiba di Dewan Masyarakat Manggatal sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya.

Konvoi disertai 25 kenderaan itu singgah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr. Rosmawati Lasuki.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal