Tawau hotspot syabu, PEMADAM perhebat kesedaran

IMG 0786 scaled

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAWAU: 2 Ogos 2026 – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) memperhebat usaha membanteras penyalahgunaan dadah menerusi Program Memancing FKAT 2026 di Persisiran Sabindo (Trauslen), di sini, pada Sabtu, susulan beberapa kawasan di Tawau dikenal pasti sebagai hotspot penyalahgunaan syabu berikutan kedudukannya berhampiran sempadan antarabangsa.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penyalahgunaan dadah masih menjadi ancaman utama terhadap masa depan golongan belia, khususnya di kawasan bersempadan seperti Tawau.

Katanya, kedudukan Tawau yang berhampiran sempadan Filipina dan Indonesia menyebabkan daerah itu terdedah kepada risiko kemasukan pengaruh negatif termasuk penyalahgunaan syabu.

Justeru, usaha memerangi dadah memerlukan penglibatan semua pihak kerana isu berkenaan bukan hanya melibatkan penguatkuasaan, malah memerlukan kesedaran dan tanggungjawab bersama masyarakat.

IMG 0788

“PEMADAM diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak tentang peranan dan tanggungjawab kita dalam memastikan dadah dapat diperangi,” katanya ketika ditemui media sempena Program Memancing FKAT 2026 anjuran PEMADAM Perbandaran Tawau.

Menurut Nizam, program berasaskan komuniti seperti FKAT 2026 membantu mendekati masyarakat menerusi aktiviti riadah yang mampu menggalakkan budaya hidup sihat, selain menghindarkan golongan muda dari terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

“Ia turut memperkukuh semangat perpaduan dan mempromosikan Tawau sebagai sebuah daerah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan hidup dalam suasana harmoni,” ujarnya lagi.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal