Program Pemindahan PATI Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

photo 2025 10 10 14 36 30

KOTA KINABALU: 10 Oktober 2025– Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah melaksanakan sebanyak 93 siri Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing ke Negara Asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Seramai 393 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah menjalani hukuman penjara dipindahkan pulang ke negara asal masing-masing selepas melengkapkan dokumen perjalanan dan urusan mahkamah.

Menurut JIM Sabah, kesemua PATI yang terlibat disabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, telah disenaraikan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Daripada jumlah itu, warganegara Pakistan mencatatkan angka tertinggi dengan 211 orang, diikuti China (68 orang), Filipina (44 orang), Vietnam (25 orang), Indonesia (15 orang), India (10 orang) dan lain-lain negara (10 orang).

JIM Sabah turut mengingatkan semua pengembara yang memasuki negeri ini supaya melapor diri di kaunter ketibaan atau pelepasan untuk mendapatkan pengesahan imigresen.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang gagal berbuat demikian, termasuk denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jabatan itu juga menyeru kerjasama semua pihak termasuk syarikat penerbangan, agensi pelancongan dan kedutaan asing agar lebih proaktif mengingatkan pelancong supaya mematuhi peraturan imigresen yang sedang berkuat kuasa.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Click the Image for Exclusive Info


This will close in 10 seconds

TV Sabah | News Portal