Dua Lelaki Ditahan Dalam Ops Tapis Narkotik di Sandakan

photo 6289647698969299996 y

SANDAKAN : 9 Oktober 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan menahan dua lelaki dalam satu operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah yang dijalankan di sekitar kawasan Bandar Ramai-ramai dan Kampung Kombo, Sabah pada Khamis.

Operasi yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 4 petang itu disertai oleh sepasukan anggota BSJND IPD Sandakan bagi memperkukuh usaha membanteras aktiviti penagihan serta pengedaran dadah di daerah tersebut.

Dalam operasi berkenaan, seorang lelaki warga asing ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dan dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, seorang lagi lelaki warga tempatan ditahan di Kampung Kombo kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing sebagai sebahagian daripada siasatan lanjut.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada suspek positif dadah jenis amp dan methamphetamine.

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George B. Abd Rakman, menegaskan bahawa pelaksanaan operasi ini selaras dengan komitmen Polis Diraja Malaysia untuk membanteras jenayah dadah secara berterusan di daerah Sandakan.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Click the Image for Exclusive Info


This will close in 10 seconds

TV Sabah | News Portal