Pasangan warga asing dera bayi dua bulan ditahan

5b84db21 1ff7 4a43 a1f6 cea649555c8b 5804A97D B667 49CF 9AEB 29219D531662 1

Gambar ilustrasi

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAWAU: 29 Julai 2026 – Polis menahan sepasang warga asing kerana disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia dua bulan di Hospital Tawau. Tindakan itu diambil selepas pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami lebam di dahi kiri, kesan gigitan di pipi kanan, dan bengkak di belakang kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, kejadian terbongkar selepas seorang doktor di Jabatan Kecemasan membuat laporan polis.

“Bayi itu dibawa mendapatkan rawatan oleh pasangan terbabit bersama neneknya. Pasangan itu pada mulanya mendakwa bayi terjatuh, tetapi nenek mangsa memaklumkan kepada doktor bahawa kecederaan berpunca dari perbuatan kedua-dua suspek,” katanya.

Polis kemudiannya menahan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an dan seorang wanita berusia 18 tahun di pekarangan Hospital Tawau sekitar jam 11.45 malam kelmarin. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (penganiayaan atau penderaan kanak-kanak) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Wilynton merakamkan penghargaan kepada petugas Hospital Tawau atas tindakan pantas mengesan kecederaan dan menyalurkan maklumat kepada polis. Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penderaan kanak-kanak dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal