KOTA KINABALU: 17 Mei 2026 – Satu pembaharuan telah dibuat dalam penganjuran Sugandoi iaitu memberikan peluang kepada remaja dan dewasa untuk bersaing di satu pentas yang sama demi memartabatkan seni suara.
“Pada malam ini, saya ingin menghayati dan menikmati persembahan-persembahan 51 juara dari lingkungan usia seawal 13 hingga 59 tahun, yang akan bersaing untuk menjadi juara atas juara.”
Pengerusi Jawatankuasa Utama Pelaksana dan Penyelaras (MICC), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, berkata demikian semasa merasmikan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026, di Dewan KDCA Penampang, semalam.

Seramai 51 juara dari seluruh Malaysia bertanding di semifinal semalam untuk mendapat kedudukan top 20. Jeffrey mengucapkan syabas dan tahniah kepada JawatanKuasa Pelaksana Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2026, yang dipimpin oleh Datuk Evaristus Gungkit.
Jelasnya, seiringan dengan pembaharuan, perlu ada keberanian menerima pembaharuan teknologi dengan meneroka penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam ekosistem Sugandoi.
“AI bukan menggantikan manusia tetapi alat untuk membantu peserta menganalisa ketepatan vokal secara teknikal, membantu komposer dalam proses penggubahan muzik supaya lebih dinamik dan serasi dengan pasaran antarabangsa.
“Sugandoi telah menghasilkan ramai artis-artis seni suara di Malaysia yang telah bertanding di peringkat lebih tinggi, peringkat kebangsaan, dan peringkat antarabangsa. Ramai juga yang sudah menjadi artis antarabangsa. Inilah antara objektif kita supaya lebih ramai lagi,” katanya.
Artis-artis yang berjaya ini akan menjadi inspirasi kepada bakal-bakal menjadi artis seterusnya.
“Pada tahun ini, malam ini juga kita akan menyaksikan penyanyi-penyanyi, pemenang-pemenang atau juara-juara dari Kuching, Sarawak, beberapa negeri di Semenanjung dan juga daerah-daerah di Sabah.
“Syabas untuk semua. Try your very best tonight. Selain pemenang utama, ada banyak lagi pemenang-pemenang yang antaranya best performance, best vocal dan sebagainya. Ini termasuklah juga kategori-kategori lain seperti music composer, music dan sebagainya. Inilah sebab kita mengadakan pertandingan ini,” katanya.
Jeffrey berharap suatu hari nanti akan muncul institusi-institusi seni untuk para penggiat seni untuk belajar secara formal di Sabah, katanya, “Mungkin wujudkan bangunan untuk mengumpulkan pencapaian artis-artis Sabah yang akan menjadi sejarah untuk generasi akan datang.”
Sebagai langkah seterusnya, beliau mencadangkan supaya mengadakan forum atau seminar untuk membincangkan masa depan, “How to move forward, how to improve, how to widen, how to strengthen the institution for artists.”.
Pertandingan berakhir sekitar jam 12 tengah malam dan keputusan diperoleh sekitar jam 1 pagi. Berikut adalah keputusan rasmi top 20 pertandingan suku akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2026:

Sadri bin Masrani (Penampang), Christal Ann Stephen (Tuaran), Reynn Raphael (Tamparuli), Isniza binti Kadir (Beaufort), Arlone Milon (Pitas), Farahzidah binti Husrin (Beluran), Harvard Sandar (Klang Valley), Velerie Raimin (Tongod), Beatrice La Salle (Putrajaya), Terence Asangki (Johor), Catherine Anne Jastine (Kota Belud), Angel Elina Ganing (Kota Marudu), Hannah Jean Roney (Badaraya), Muhlis Husrev Oxkan (Likas), Adza Shazniafira Binti S. (Keningau), Petrova Catherina Justin (Inanam), Eleliah Bianus (Ranau), Earl Isaac Mitzler (Karambunai), Mohd Sabran bin Andrew (Kunak), dan Juneka binti Majin (Kiulu).
