Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
PENAMPANG: 26 Oktober 2026 — Petrova bersyukur meraih tempat kedua dalam pertandingan Borneo Rising selepas berjaya melangkah ke peringkat akhir, sekali gus membuktikan potensinya dalam bidang nyanyian.
Petrova berkata dia berpuas hati dengan persembahan yang diberikan sepanjang pertandingan dan menghargai pencapaian tersebut.
“Saya rasa saya cukup puas hatilah sudah sebab saya sudah buat yang terbaik untuk malam ini. Saya tidak kisah saya nombor berapa,” katanya.
Di sebalik pencapaian itu, Petrova yang kini menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) mahu menyelesaikan pengajiannya terlebih dahulu sebelum meneroka peluang lebih luas dalam bidang nyanyian.
Dia kini berada pada semester ketiga dalam pengajian yang dijangka mengambil masa empat tahun.
Bagaimanapun, Petrova tidak menolak peluang untuk mengembangkan bakatnya di Kuala Lumpur sekiranya menerima tawaran yang sesuai.
“Kalau ada apa-apa di Kuala Lumpur, saya akan pergi,” katanya.
Petrova turut mengakui minatnya terhadap nyanyian mendapat sokongan penuh ibu bapanya sejak kecil, termasuk ketika menyertai pertandingan berskala besar.
Sokongan keluarga itu mendorongnya untuk terus mengejar minat dalam bidang seni tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.

