Lebih 800 delegasi Katolik dari sembilan diosis berhimpun di Sibu

Screenshot 20260910 120615 WhatsApp

SIBU: 10 Sept 2026 – Kira-kira 850 delegasi dari sembilan diosis seluruh Malaysia berhimpun di Sibu untuk menjayakan Konvensyen Pastoral Malaysia 2026 (MPC2026), yang disifatkan sebagai perhimpunan nasional bersejarah untuk komuniti Katolik negara.

1003650875
850 delegasi umat Katolik hadir di MPC2026, Sibu. Foto – Media Rasmi MPC

Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago anak Dagang berkata konvensyen itu bukan sekadar medan memperkukuh iman dan persaudaraan umat Katolik, malah mencerminkan komitmen komuniti berkenaan dalam memperkukuh keharmonian dan perpaduan negara.

Dalam ucapannya semasa merasmikan konvensyen itu di Hotel Kingwood, Sibu, hari ini, beliau berkata MPC2026 merupakan perhimpunan Katolik berskala besar pertama di peringkat kebangsaan sejak pembentukan Malaysia pada 1963, menghimpunkan peserta dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Katanya, tema konvensyen, “Celebrate, Listen, Walk Together”, membawa mesej penting kepada masyarakat Malaysia untuk menghargai kepelbagaian, membuka ruang kepada dialog dan memperkukuh hubungan antara komuniti.

1003650872
Dato Sri Aaron menyaksikan penghormatan Perjalanan Salib

“Perpaduan tidak bermaksud kita perlu menjadi sama. Kita boleh mengamalkan agama, bahasa dan tradisi yang berbeza, namun tetap berkongsi sebuah negara dan masa depan yang sama,” katanya.

Beliau berkata kepelbagaian sahaja tidak membentuk perpaduan kerana ia perlu dibina menerusi persefahaman, rasa hormat, kepercayaan dan kerjasama.

Dalam pada itu, Aaron Ago berkata komuniti Katolik turut memberikan sumbangan penting kepada negara melalui pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial, kerja amal dan khidmat kepada golongan memerlukan.

Beliau menegaskan semangat “Celebrate, Listen, Walk Together” diteruskan melangkaui konvensyen menerusi kerjasama merentasi agama dan komuniti demi membina Malaysia yang lebih bersatu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal