KOTA KINABALU: 10 Mac 2026 – United Malaysia, kelab penyokong rasmi Manchester United di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Makan Malam Tahunan United Malaysia ke-8 di Kota Kinabalu. Acara berprestij ini, yang menghimpunkan peminat setia Manchester United dari seluruh negara, dijadualkan berlangsung pada 27 Jun 2026 di Dewan Hakka dengan tema “United Unite! The Next Chapter.”
Presiden United Malaysia, Bartholomew Jingulam, menyatakan keyakinan beliau terhadap sambutan hangat yang akan diterima dari komuniti peminat kelab di Kota Kinabalu. Beliau menyuarakan harapan agar kehadiran pada tahun ini akan menyamai atau melebihi jumlah 1,000 orang yang hadir pada edisi sebelumnya di bandaraya ini.
Pengerusi penganjur, Bryan Faurillo, berkata, “Kota Kinabalu akan sentiasa memiliki tempat istimewa di hati peminat Manchester United Malaysia kerana di sinilah majlis makan malam United Malaysia pertama kali diadakan pada 2016,” katanya.
Para hadirin berpeluang memenangi hadiah utama, iaitu perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menonton perlawanan Manchester United secara langsung di Old Trafford, melalui acara cabutan bertuah. Maklumat lanjut mengenai penjualan tiket dan atur cara majlis akan diumumkan melalui akaun media sosial United Malaysia dalam masa terdekat.
