Lokasi, syarat penganjuran Sabah Motor Day perlu dikaji — Aliakbar

b546e1ac c615 48f0 bda1 16b3e793d44c

KOTA KINABALU: 14 September 2026 — Lokasi dan syarat penganjuran Sabah Moto Day (SMD) perlu dikaji semula susulan rungutan orang ramai berkaitan kesesakan, keselesaan pengguna jalan raya dan kesan terhadap orang awam.

ADUN Karambunai, Datuk Dr. Aliakbar, berkata kajian itu penting untuk memastikan penganjuran program tersebut dilaksanakan dengan lebih teratur tanpa menjejaskan kepentingan masyarakat.

“Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah penyediaan lokasi khas yang lebih sesuai dan terkawal, supaya aktiviti dapat berlangsung dengan meriah tanpa terlalu menjejaskan aliran trafik dan pergerakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Beliau turut mencadangkan syarat penganjuran diperkemas, termasuk aspek keselamatan peserta dan orang awam, kawalan lalu lintas, parkir, laluan kecemasan dan koordinasi dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan.

“Saya mengambil perhatian terhadap rungutan dan aduan orang ramai, khususnya berkaitan keselesaan pengguna jalan raya, kesesakan dan kesan terhadap orang awam,” katanya.

Menurut Beliau, SMD yang kini memasuki edisi kesembilan wajar menjadi ruang untuk menilai pendekatan penganjuran dan mengenal pasti perkara yang boleh diperbaiki.

“Saya melihat sudah tiba masanya kita berhenti sejenak, menoleh ke belakang dan menilai apa yang boleh diperbaik,” katanya.

Justeru, Beliau berpandangan minat terhadap permotoran boleh dikembangkan kepada aktiviti yang lebih tersusun, termasuk sukan permotoran terkawal, pendidikan keselamatan jalan raya, kemahiran automotif, keusahawanan dan pembangunan bakat anak muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal