KTC Mega Sale catat jualan RM10,000 dalam dua jam

2691B19A 8D28 41A4 935F A90B6E5A2D82 2D96A32A C918 4EFA BC43 D6D8D97F8C24

KOTA KINABALU: 28 Ogos 2026 — KTC Mega Sale mencatat jualan RM10,000 dalam tempoh dua jam pertama selepas dibuka pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau, berkata sambutan pengunjung sangat menggalakkan dan lebih baik berbanding promosi sebelum ini.

afe7bfe0 adbe 4a89 8a98 a1b605fa97a9

“Dalam tempoh dua jam pertama sahaja, kita sudah mencapai jualan RM10,000. Kita menyasarkan jualan keseluruhan RM200,000 sepanjang tiga hari ini,” katanya ketika ditemui di KTC Mega Sale di premis Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Sedco Sabah, hari ini.

Menurutnya, penganjuran itu bukan sahaja untuk meningkatkan jualan, malah menjadi platform untuk mempromosikan jenama KTC kepada pengguna, dengan laman Facebook syarikat itu merekodkan pertambahan 10,000 pengikut pada pagi ini.

93915ab7 65fd 4681 9d81 adce83f0af69

Tambah beliau, tawaran harga lebih rendah diharap dapat membantu pengguna berdepan peningkatan kos diesel, petrol dan perbelanjaan sara hidup.

KTC Mega Sale berlangsung sehingga 30 Ogos ini dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus untuk pelbagai produk dan jenama.

Jualan dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang di premis Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Sedco Sabah, Lot 73, Mile 5.5, Jalan Kilang, Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal