Tun Musa terima kunjungan Ketua Pengarah Kastam baharu

WhatsApp Image 2026 08 28 at 9.56.33 AM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 28 Ogos 2026 – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang baharu, Datuk Amran Ahmad di Istana Seri Kinabalu, di sini, kelmarin.

Amran berkata kunjungan itu bertujuan memperkenalkan diri sebagai Ketua Pengarah JKDM yang baharu berkuat kuasa 9 Mac lalu, selain memaklumkan perkembangan terkini JKDM khususnya di Sabah.

“Selain memperkenalkan diri, kunjungan ini juga adalah untuk memaklumkan Tun Musa akan perkembangan JKDM, khususnya cawangan Sabah berikutan dengan beberapa perkara yang telah kita laksanakan, terutamanya penguatkuasaan dan sebagainya,” katanya.

WhatsApp Image 2026 08 28 at 9.56.34 AM

Beliau berkata JKDM turut bertanggungjawab mengutip hasil kerajaan dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang berkaitan Akta Kastam untuk mencegah penyeludupan dan mengawal kemasukan bahan terlarang.

“JKDM juga bekerjasama rapat dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) untuk menguatkuasakan undang-undang, membuat pemeriksaan pintu-pintu masuk negara dan negeri,” katanya.

Dalam kunjungan sama, Amran turut memaklumkan mengenai persaraan wajib Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dr. Ahmad Taufik, yang berkuat kuasa kelmarin.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal