Dua rumah dipecah masuk curi Sony PlayStation 5

26548093 ff0a 449f 95d6 4fb76f2d9c8c 1

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA MARUDU: Polis sedang giat mengesan sembilan lelaki yang dipercayai terbabit dalam dua kejadian pecah rumah di Taman T&G, Kota Marudu pada 11 November lalu.

Menerusi kejadian itu, sebuah Toyota Alphard milik penghuni rumah turut dilarikan sebelum ditemukan semula di tepi jalan Goshen, Kota Marudu kira-kira jam 1 tengah hari pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun bin Lomudin berkata, lima lelaki memecah masuk rumah kira-kira jam 3.14 pagi sebelum mencuri Sony PlayStation 5. Suspek kemudian melarikan Toyota Alphard milik penghuni pada jam 3.44 pagi.

Menerusi kejadian kedua kira-kira jam 3.40 pagi, empat lelaki dipercayai memasuki sebuah lagi rumah di kawasan perumahan sama untuk mencuri. Suspek melarikan sebuah Sony PlayStation 5 sebelum melarikan diri selepas disedari penghuni rumah.

Siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu dengan bantuan pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sabah untuk mengenal pasti semua suspek.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 457, 379A, 395 atau 397 Kanun Keseksaan.

Sumber: IPD Kota Marudu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal