Kebakaran belukar lima ekar di Kampung Kumawanon

49fa716d 34f6 46ba 9b58 830d5e884fb7

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KENINGAU: 17 Ogos 2026 – Kebakaran belukar seluas sekitar lima ekar berlaku di Kampung Kumawanon, Bingkor, Keningau pada jam 6.50 petang kelmarin, menurut Balai Bomba dan Penyelamat (PBB) Keningau.

Pasukan BBP Keningau yang diketuai PBK II Azuwan Hamirin digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dan tiba di lokasi pada jam 7.10 malam sebelum anggota memulakan operasi pemadaman.

Operasi berdepan cabaran ketiadaan laluan untuk jentera memasuki kawasan kejadian, menyebabkan anggota terpaksa mengawal rebakan api secara manual menggunakan pemarap api.

Operasi melibatkan lapan anggota dengan bantuan sebuah FRT dan sebuah EMRS.

BBP Keningau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan aktiviti pembakaran terbuka untuk mengelakkan kebakaran merebak ke kawasan yang sukar diakses.

Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Keningau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal