Jalur Gemilang semarak sambutan Hari Kebangsaan di Kapayan Lama

WhatsApp Image 2026 08 11 at 4.16.46 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAMBUNAN: 11 Ogos 2026 – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kapayan Lama menganjurkan Program Mengibarkan Jalur Gemilang pada 9 Ogos lalu, di Balai Raya Kampung Kapayan Lama untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 sekali gus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan penduduk.

Program bermula jam 11 pagi itu dilaksanakan menerusi aktiviti gotong-royong pemasangan Jalur Gemilang, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pembinaan Arca Kemerdekaan, selain jamuan minum petang bersama penduduk.

Melihat kepada sambutan menggalakkan dengan penglibatan penduduk dari pelbagai peringkat umur, termasuk kanak-kanak dan golongan dewasa dalam aktiviti yang dianjurkan, Pengerusi KRT Kampung Kapayan lama, Junis Gilou berkata, “Kita mahu sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar mengibarkan bendera, tetapi dapat mengeratkan hubungan dan semangat kerjasama antara penduduk kampung.”

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Kapayan Lama, Nursyahidah Binti Abdullah berkata, “Yang paling menggembirakan ialah penglibatan kanak-kanak kerana mereka juga dapat memahami dan merasai semangat sambutan Hari Kebangsaan.”

Beliau berharap generasi muda terus menghargai Jalur Gemilang, mengenali sejarah negara dan mengekalkan semangat perpaduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal