Dua lelaki ditahan dalam Op Tapis, syabu dirampas di Tawau

WhatsApp Image 2026 09 16 at 11.25.39 AM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAWAU: 17 September 2026 – Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas syabu seberat keseluruhan 0.37 gram dalam dua serbuan menerusi Op Tapis di sekitar Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, serbuan pertama membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia kira-kira 27 tahun dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati suspek menyerahkan satu paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih yang disyaki syabu seberat 0.17 gram dari poket seluarnya.

Dalam serbuan kedua, polis menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia kira-kira 19 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4.

Suspek kemudian menunjukkan dua paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih yang disyaki syabu seberat 0.20 gram yang ditemukan di atas lantai rumah berkenaan.

Kedua-dua suspek bersama barang kes dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek turut didapati positif Amphetamine (AMP) dan Methamphetamine (METH).

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Daerah Tawau menegaskan komitmen untuk terus mempergiat operasi dan risikan untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah berkenaan.

Masyarakat turut diseru menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengetahui sebarang aktiviti berkaitan dadah untuk membantu usaha membanteras gejala tersebut.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal