Clarice Peter dinobat sebagai Zandi Tavanus Papar

WhatsApp Image 2026 04 28 at 18.04.12

KOTA KINABALU: 28 April 2026 – Clarice Peter (Finalis No. 9) dinobatkan sebagai johan pertandingan Zandi Tavanus peringkat daerah Papar yang berlangsung pada 26 April 2026 di Ming Garden Hotel.

image 33

Kemenangan itu sekali gus melayakkan beliau mewakili Papar ke pertandingan Zandi Tavanus peringkat negeri Sabah yang dijangka berlangsung sempena Pesta Kaamatan di KDCA.

image 34

Tempat kedua dimenangi Julia Sustin (Finalis No. 4) yang mewakili Bongawan, manakala tempat ketiga diraih Viany Viny Joannis (Finalis No. 3) mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

image 35

Pertandingan yang bermula pada jam 12.30 tengah hari itu menghimpunkan wanita dewasa berusia 35 tahun ke atas dengan penilaian merangkumi aspek penampilan, pemahaman adat, keupayaan berkomunikasi dan penghayatan budaya tradisi etnik Sabah.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan Kaamatan di daerah Papar, selain menjadi platform memperkasa wanita berpengalaman sebagai ikon budaya dan memelihara warisan Kadazan-Dusun.

Pemenang dari Papar akan bersaing di pentas akhir negeri bersama wakil dari daerah lain antaranya Keningau, Tambunan dan Tuaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal