PENAMPANG: 28 April 2026 – Inisiatif pemeliharaan bahasa ibunda dan kebajikan komuniti di daerah ini terus diperkasa apabila Ahli Parlimen Penampang, Ewon Benedick, menyalurkan sumbangan berjumlah RM70,000 kepada dua pertubuhan tempatan.
Peruntukan itu merangkumi RM50,000 kepada Kadazandusun Language Foundation (KLF) dan RM20,000 kepada Persatuan Pesara Penampang, bagi menyokong pelaksanaan program berfokuskan pemerkasaan bahasa dan kebajikan masyarakat.
KLF dijangka menggunakan peruntukan itu untuk memperkukuh pembangunan platform Webonary Kadazan–Inggeris–Melayu, yang menghimpunkan puluhan ribu entri bahasa sebagai usaha memelihara dan memperluas penggunaan bahasa Kadazan di Sabah.
Dalam masa sama, Persatuan Pesara Penampang akan memanfaatkan sumbangan tersebut untuk melaksanakan pelbagai program komuniti, termasuk aktiviti kebajikan dan penganjuran program sempena Hari Warga Tua Sedunia yang dijadual berlangsung pada Oktober depan.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha pelestarian bahasa warisan dan memperkasa kesejahteraan komuniti setempat, khususnya melibatkan golongan pesara di Penampang.
