Citra Budaya Generasi Muda perkasa warisan KDMR

IMG 2255

KENINGAU: 14 April 2026 — Pelaksanaan manifesto “Citra Budaya Generasi Muda 1.0” oleh peserta Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) 2026, Mike Melvin Lee, berjaya memberi impak positif kepada komuniti, khususnya dalam kalangan generasi muda di Sabah.

fa659f9f 15ba 45d1 8155 d296a3fb7cca 1

Menurut beliau, antara cabaran utama sepanjang pelaksanaan program tersebut melibatkan aspek penjadualan dan kekangan dana.

IMG 2252

“Tarikh program terpaksa ditunda beberapa kali berikutan pertindihan dengan kalendar persekolahan dan sambutan perayaan penting di negeri ini. Selain itu, sumber kewangan yang terhad turut menjadi faktor yang mencabar dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program,” katanya.

IMG 2254

Walau bagaimanapun, usaha tersebut membuahkan hasil apabila program berkenaan berjaya membuka ruang kepada pelajar sekolah dan masyarakat umum untuk lebih mengenali tentang sukan dan permainan tradisi masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR).

65b47bf5 4878 46d6 88b1 b587b17b6921

“Sejak kebelakangan ini, kita melihat minat golongan belia terhadap budaya seperti pakaian tradisi dan bahasa ibunda semakin meningkat. Namun, kesedaran terhadap kepentingan sukan tradisi sebagai sebahagian daripada warisan budaya masih kurang diberi perhatian,” tambahnya.

Program yang dianjurkan itu bertujuan mengimbangi pemahaman tersebut dengan mengangkat semula kepentingan sukan tradisi supaya tidak dilupakan, sekali gus memupuk semangat cintakan budaya, memperkukuh jati diri dan mengeratkan hubungan antara komuniti, pihak sekolah dan penganjur.

131dbfe6 c6d9 4721 9f24 f0653a00bd39

Mike turut merancang untuk meneruskan inisiatif berkenaan melalui penganjuran “Citra Budaya Generasi Muda 2.0” yang kini berada pada peringkat perancangan awal dan menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan.

Justeru, beliau berharap siapapun yang menjuarai RTK 2026, akan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen, khususnya dalam merealisasikan manifesto masing-masing.

IMG 2253

“Pelaksanaan manifesto bukanlah soal siapa yang paling awal, tetapi sejauh mana impak positif yang dapat diberikan kepada masyarakat, terutama dalam usaha memartabatkan budaya dan warisan KDMR di Sabah,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa gelaran RTK bukan sekadar simbol kemenangan, tetapi merupakan amanah besar sebagai ikon budaya yang membawa suara dan identiti masyarakat ke peringkat lebih luas.

IMG 2252 1

“Penyertaan bukan sekadar untuk populariti. Buatlah persediaan dengan rapi, fahami tujuan sebenar, dan berikan yang terbaik. Yang paling penting, sentiasa meletakkan Tuhan sebagai keutamaan dan berserah kepada-Nya dalam setiap langkah,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal