Polis Siasat Video Pergaduhan di KDCA

IMG 5704

PENAMPANG: 3 Jun 2026 – Polis Daerah Penampang sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung beberapa rakaman video yang tular di media sosial memaparkan insiden pergaduhan yang berlaku di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) semasa sambutan Pesta Kaamatan yang lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah bin Abdul Basir, berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut dipercayai berpunca dari perselisihan faham antara beberapa individu.

Menurutnya, pergaduhan yang berlaku tidak melibatkan sebarang penggunaan senjata dan berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Setakat ini, beberapa individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. Polis juga sedang mengesan saksi-saksi kejadian dan mengenal pasti semua individu yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pihak polis turut meneliti rakaman video yang tular bagi membantu siasatan lanjut dan tindakan susulan.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu ketenteraman awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal