Oleh: Nurul Fazliana Norman
KOTA KINABALU: 19 September 2026 – Pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau, Wester Westin, muncul juara kategori Lukisan pada KV Skills peringkat kebangsaan di KV Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang, 10 hingga 13 September lalu.
Pelajar Tahun Tiga Teknologi Pembinaan itu menewaskan sembilan juara negeri dan membawa pulang sijil, pingat dan RM500.
Wester, Dusun dari Ranau, sebelum ini juara Zon Sabah dan Labuan pada awal Julai. Kejayaan itu mengulangi pencapaian sama selepas memenangi kategori berkenaan di peringkat zon pada 2025.
Pertandingan menuntut peserta menggunakan teknik dan peralatan tertentu dengan ketelitian tinggi untuk menyiapkan spesifikasi rekaan visual ditetapkan. Beliau dinobatkan juara kategori yang mula dipertandingkan 2025.

Tempat kedua dimenangi peserta KV Sultan Abdul Samad, Selangor, manakala tempat ketiga KV Muar, Johor.
Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, berkata: “Kejayaan ini membuktikan bahawa kemahiran teknikal yang dipelajari di kolej vokasional mempunyai nilai dan mampu membawa pelajar kita bersaing di peringkat kebangsaan.”
KV Keningau meraih tempat kedua Pembuatan Pastri dan tempat ketiga Memasak, Terapi Kecantikan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, membawa pulang satu emas, perak dan tiga gangsa.
KV Skills, pertandingan tahunan BPLTV, melebihi 20 bidang.

