Anyaman Siung Papar identiti tempatan kekal dipelihara

cc6d7e2a 2439 4cdb ae5f d22118dd1e40

PAPAR: 27 Julai 2026 – Warisan budaya seperti anyaman Siung Papar perlu kekal dipelihara kerana ia merupakan identiti tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim berkata demikian di Majlis Penutupan Bengkel Anyaman Siung Papar di PNBT Mini Hall, pada Ahad.

941B2F39 4C4A 442D 9D38 DFC6327273E3 16770CAA 119C 4957 A54D A4AE1F5B57F2

“Kerajaan Sabah akan terus menyokong inisiatif yang memartabatkan warisan budaya melalui bantuan dan peruntukan yang bersesuaian, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan ekonomi berasaskan kraftangan dan pelancongan budaya,” katanya.

Sementara itu, wakil Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Peter Jack, berkata jabatan itu bukan sahaja bertanggungjawab memelihara sumber balak, malah turut mengurus dan memulihara hasil hutan bukan kayu seperti buluh, rotan dan hoputung.

“Sumber-sumber ini perlu diurus secara lestari demi menjamin bekalan bahan mentah untuk penghasilan kraftangan tradisional pada masa hadapan,” katanya.

Pengerusi penganjur, Dorothy Doris Tiansun, berharap Pusat Kraf Anyaman Siung Papar dapat diwujudkan sebagai pusat latihan, dokumentasi, penghasilan dan pemasaran produk anyaman untuk meningkatkan pendapatan komuniti setempat.

Seramai 10 wanita dari sekitar daerah Papar menyertai Bengkel Anyaman Siung Papar selama lapan hari sebagai usaha memelihara dan memperkasa seni anyaman tradisional yang menjadi warisan budaya masyarakat Kadazan Papar.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada penganjur, renjer dan jurulatih, diikuti sijil penyertaan kepada semua peserta dan anugerah kepada peserta terbaik.

Sepanjang bengkel itu, peserta dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Margaret Kiat dari Kampung Sabandil, Papar, yang berkongsi kemahiran dalam pemilihan buluh, penyediaan bahan dan teknik anyaman Siung Papar.

Bengkel itu dianjurkan oleh Persatuan Masyarakat Prihatin Papar (PaparCare4U) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan Pohumpung Nature Breeze Trail (PNBT).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal