1,000 flora asli Sabah di Taman Pertanian Lagut Seberang

83caf865 e031 4e1d a228 048117236379.JPG

by David E.

TENOM: 12 September 2026 – Taman Pertanian Sabah di Lagut Seberang menghimpunkan kira-kira 1,000 jenis tumbuhan, buah-buahan, orkid liar dan tanaman orkid, sekali gus membuka ruang kepada generasi muda mengenali khazanah flora asli Sabah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar berkata koleksi buah-buahan asli Sabah di taman itu kini tidak lagi dikenali generasi muda, termasuk cucu-cicit. Ada juga individu tidak tahu sama ada sesetengah buah tempatan itu boleh dimakan.

“Namun hari ini, kita memberi peluang kepada semua pengunjung untuk mengenalinya dengan lebih pasti. Bunga orkid tempatan dan buah-buahan asli Sabah turut dipamerkan dan dikumpulkan di sini,” katanya selepas merasmikan Pesta Bunga dan Buah-buahan Indigenous 2026 di Taman Pertanian Sabah, hari ini.

Jamawi, yang juga ADUN Melalap, berkata pengunjung bukan sahaja dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan buah-buahan asli Sabah, malah berpeluang menikmati pengalaman baharu melalui aktiviti disediakan sepanjang pesta 10 hari itu. Antaranya kawasan memancing, kolam memancing dan pertandingan berbasikal, pakaian dan roket.

“Pada petang ini juga, kita akan menyertai acara larian santai (Fun Run) untuk menghayati persekitaran hijau di kawasan ini. Jika biasanya larian diadakan di jalan raya, larian di sini berlangsung di dalam kawasan taman pertanian yang indah, segar dan subur,” katanya.

Beliau berkata pesta orkid dan buah-buahan tempatan itu antara keistimewaan tahun ini, dan juga usaha mempromosikan kawasan terbabit. “Discover Tenom” dilantik sebagai agensi mempromosikan aktiviti pertanian, pelancongan dan aktiviti lain di Tenom.

Taman Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sabah diminta melipatgandakan promosi kerana masih ramai tidak mengetahui kewujudan dan keistimewaan taman itu. Usaha itu penting supaya kemudahan dan koleksi tumbuhan dapat dimanfaatkan generasi muda dan pengunjung.

“Kita boleh memaklumkan kepada rakan-rakan di Semenanjung, Sarawak dan Brunei bahawa terdapat sebuah tempat yang indah dan kaya dengan ilmu dan pelbagai tumbuhan asli yang hanya terdapat di Sabah, namun telah dikumpulkan di taman pertanian ini,” katanya.

Beliau mengalu-alukan kehadiran 550 pelajar dari 12 sekolah di sekitar Tenom yang menyertai pelbagai acara sepanjang pesta itu.

16ae8f4c 89e8 4f4d b0cf 0acae0ad40ccb.jpg

Gambar kenangan bersama hadirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal