Bukan sekadar bantuan, Kebun Dapur tuntut ssaha peserta – Jamawi

WhatsApp Image 2026 08 04 at 3.41.17 PM

oleh David E.

KOTA MARUDU: 4 Ogos 2026 – Selama ini, ramai peserta program pertanian menunggu bantuan turun. Jika tidak sampai, tanaman terbengkalai, penternakan terhenti. Kini, pendekatan itu diubah. Kementerian MAFFI mahu petani dan penternak membuktikan kesungguhan mereka terlebih dahulu.

Menteri MAFFI, Datuk Jamawi Jaafar mengakui program terdahulu hanya 35 peratus berjaya kerana budaya memberi mengatasi budaya melaksanakan. “Kali ini kita mahu mereka melaksanakan dahulu. Apabila sudah menunjukkan kemajuan, barulah kita bantu lebih menyeluruh,” katanya ketika melancarkan Jelajah Kebun Dapur di Kota Marudu.

Bagi Pak Ali, peserta di Kg Gana yang memulakan tanaman nanas MD2 secara kecil-kecilan, perubahan ini memberi harapan. “Dulu saya tunggu benih percuma. Sekarang saya tanam dulu guna modal sendiri. Bila nampak hasil, barulah minta bantuan untuk kembangkan,” katanya.

Jamawi menjelaskan, peserta berprestasi baik akan dibantu pembiayaan melalui SCC dan Agrobank, serta mendapat bimbingan mentor usahawan untuk mengurus kewangan dan perniagaan. “Kita mahu mereka bukan sahaja berjaya menghasilkan produk, tetapi mampu mengurus kewangan dengan baik,” ujarnya.

Kerajaan Negeri turut meluluskan RM450,000 untuk Pusat Pembenihan Tanaman Buah-buahan di Kota Marudu, memudahkan petani di utara Sabah mendapatkan bahan tanaman berkualiti.

Mengenai BUDI Diesel, Jamawi berharap rundingan dengan Kementerian Kewangan membawa penambahbaikan kerana geografi Sabah berbeza dengan Semenanjung. Petani seperti Pak Ali juga berharap kos pengangkutan tidak membebankan mereka.

Program Jelajah Kebun Dapur akan meneruskan kunjungan ke semua 25 parlimen Sabah, membawa perubahan bukan sekadar bantuan, tetapi peluang untuk berdiri sendiri.

Sumber: MAFFI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal