KOTA KINABALU:1 Mei 2026 — Miss Tiara Pageant Peringkat Negeri Sabah 2026, yang dianjurkan oleh AE Beauty Management dan diterajui oleh pengarah dinamiknya, Edry Anderson dan dibantu oleh Co-Founder beliau, Aiman Syahmin, telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Kota Kinabalu pada 4 Mei 2026 acara Sashing Ceremony dan Malam Kemuncak Miss Tiara Pageant Sabah Edisi Pertama di Suria 1 Hotel, 7 Suria Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Mei 2026.


Acara ini terus mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai antara platform pembangunan bakat kanak-kanak dan remaja yang kini semakin berpengaruh di Sabah, sekali gus menjadi hub utama dalam membentuk generasi muda yang berkeyakinan, berkarisma dan berketerampilan tinggi.

Usaha AE Beauty Management dalam memperkasakan kanak-kanak dan remaja melalui pertandingan ratu cantik yang inklusif ini mendapat pujian daripada pelbagai pihak. Pihak penganjur sentiasa komited dalam mewujudkan sebuah platform yang meraikan kepelbagaian, menghormati keunikan setiap individu serta membuka ruang kepada bakat-bakat muda untuk menyerlah di pentas yang profesional.

Gabungan harmoni antara keanggunan, disiplin, pembangunan sahsiah dan advokasi sosial menjadikan pertandingan ini bukan sekadar sebuah pertandingan ratu cantik, malah simbol kepada pembentukan generasi masa depan yang lebih yakin, petah berbicara, berani dan berdaya saing.

Pertandingan ini berlangsung dengan penuh gemilang dan persaingan sengit dari seluruh daerah. Akhirnya, Jillian Remsey Roy dari Kota Kinabalu dinobatkan sebagai Juara Miss Tiara Pageant Peringkat Negeri Sabah Edisi Pertama bagi Kategori Kids manakala Mersahara dari Kunak dinobatkan sebagai Juara Miss Tiara Pageant Peringkat Negeri Sabah Edisi Pertama bagi Kategori Teen.
SENARAI PEMENANG MISS TIARA PAGEANT SABAH EDISI PERTAMA
KATEGORI KIDS
Winner : Jillian Remsey Roy (Kota Kinabalu)
1st Runner-Up : Eris Ellysha (Paitan)
2nd Runner-Up : Faiqah Aimie (Sandakan)
3rd Runner-Up : Mia Izzara (Putatan)
4th Runner-Up : Umairah Natalia (Kalabakan)
5th Runner-Up : Queenara Delishah (Tawau)
6th Runner-Up : Princess Amora (Tuaran)
Penerima Saguhati (Miss Tiara Royal)
- Ivy Hanna Richard (Ranau)
- Aisyahrah (Lahad Datu)
- Qhalisyah Bella (Semporna)







KATEGORI TEEN
Winner : Mersahara (Kunak)
1st Runner-Up : Anna Catharine (Tawau)
2nd Runner-Up : Ariana Nour Marissa (Beluran)
3rd Runner-Up : Zoye Efseleekyraen (Matunggong)
4th Runner-Up : Amberley Ezra (Ranau)
5th Runner-Up : Ellysa Sandra (Kalabakan)
Penerima Saguhati (Miss Tiara Royal)
- Melvivianny Jebril (Sepanggar)
- Aisyah Aqilah (Semporna)
- Sara Fina Subry (Kinabatangan)






Beberapa pemenang serta dibawah pengurusan Edry daripada Kids, Pre-Teen dan Teen juga akan mewakili Malaysia dan Borneo ke pertandingan 2nd Edition Of The Catwalk Master peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Mr Shafiq Kay (founder Slaywalker Empire & Catwalk Master) yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada April 2027.
SENARAI PERWAKILIAN THE 2ND EDITION CATWALK MASTER PERINGKAT ANTARABANGSA

Kategori Kids
Malaysia : Jillian Remsey Roy
Malaysia : Ayeen Qhase Qisstina
Kategori Pre-Teen
Malaysia : Anna Catharine Cleopatra
Malaysia : Natasya Aiman Dania
Borneo : Zoye Efseleekyraen
Kategori Teen
Malaysia : Mersahara

Selain itu, Juara Miss Tiara Pageant Sabah Edisi Pertama bagi kategori Teen, Mersahara (Kunak), turut bakal mengharumkan nama negara apabila diumumkan akan mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa Miss Conservation yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada November 2026.
Edry Anderson berkata beliau berasa amat bangga dengan peningkatan kualiti peserta yang ditampilkan pada edisi pertama ini.
“Setiap tahun saya melihat perkembangan yang sangat positif. Apa yang membanggakan saya bukan hanya kecantikan dan persembahan mereka di atas pentas, tetapi bagaimana mereka membina keyakinan diri, disiplin dan keberanian untuk tampil di hadapan khalayak ramai. Itulah nilai sebenar yang kami mahu lahirkan melalui platform ini.”
Beliau turut menjelaskan bahawa Miss Tiara Pageant Sabah bukan sekadar pertandingan mencari pemenang, sebaliknya sebuah platform pembangunan bakat yang memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk mengembangkan potensi diri mereka.

“Kami mahu melahirkan generasi muda yang berani bermimpi besar. Ramai yang melihat pageant hanya sebagai pertandingan kecantikan, tetapi di sebalik itu terdapat proses pembelajaran yang sangat luas termasuk komunikasi, etika, kepimpinan, disiplin dan pembangunan karakter. Semua ini adalah kemahiran penting yang boleh membantu mereka dalam kehidupan pada masa hadapan.”
Menurut beliau lagi, pencapaian peserta-peserta Sabah yang kini mula mendapat perhatian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa membuktikan bahawa bakat dari negeri Sabah ini mampu berdiri setanding dengan peserta dari mana-mana negeri lain.
“Anak-anak Sabah mempunyai bakat yang luar biasa. Apa yang mereka perlukan hanyalah peluang dan platform yang betul. Saya percaya ramai lagi bintang baharu akan lahir melalui Miss Tiara Pageant Sabah di Edisi pada masa akan datang.”
“Untuk makluman orang ramai, pemenang-pemenang yang kita lihat hari ini adalah contoh terbaik kepada generasi muda. Dalam dunia yang dipenuhi media sosial dan pelbagai persepsi masyarakat, mereka membuktikan bahawa setiap kritikan, tomahan dan cabaran boleh dihadapi dengan matang. Apa yang lebih membanggakan, mereka tidak mudah mengalah, sebaliknya bangkit dengan lebih kuat dan terus memperbaiki diri. Saya berharap semangat juang, keberanian dan ketabahan yang ditunjukkan oleh mereka dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak dan remaja untuk terus berusaha mencapai impian masing-masing,” tambah Edry.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak mereka sepanjang perjalanan pertandingan.
“Saya sentiasa percaya bahawa kejayaan seorang peserta tidak datang daripada usaha mereka seorang diri. Di belakang setiap peserta yang berjaya, pasti ada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan pengorbanan untuk melihat anak mereka berkembang. Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepada organisasi kami.”
Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja, media partner, rakan strategik, panel juri, kru produksi dan individu yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Miss Tiara Pageant Peringkat Negeri Sabah Edisi Pertama. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan menjadi antara faktor utama kejayaan penganjuran acara berprestij ini.
Mengulas mengenai penganjuran edisi akan datang di daerah Tawau, Edry berkata beliau yakin acara tersebut bakal menjadi antara penganjuran terbesar dalam sejarah organisasi berkenaan.
“Kami sedang melancarkan sesuatu yang lebih besar, lebih berkualiti dan lebih berprestij. Sasaran kami adalah untuk menghimpunkan peserta dari seluruh Malaysia dalam satu platform yang mampu membuka lebih banyak peluang ke peringkat nasional dan antarabangsa. Insya-Allah, Tawau bakal menyaksikan satu acara yang luar biasa pada Disember nanti iaitu Mega Gala Night gabungan acara secara serentak Miss Tiara Pageant Peringkat Negeri Sabah Edisi Ke-2 dan Dewi Hijab Malaysia Kids & Teen Edition”
Beliau turut mengajak ibu bapa dan peserta yang berminat agar tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara mega tersebut.
“Jika anak anda mempunyai impian untuk meningkatkan keyakinan diri, membina personaliti yang positif, mengembangkan bakat dan merasai pengalaman berada di pentas yang profesional, inilah masanya. Jangan takut untuk mencuba kerana setiap juara bermula dengan langkah pertama.”

PENYERTAAN EDISI KE-2 MISS TIARA PAGEANT PERINGKAT NEGERI SABAH BERSAMA DEWI HIJAB MALAYSIA KIDS & TEEN EDITION KINI DIBUKA
Sementara itu, pihak penganjur turut mengumumkan bahawa penyertaan bagi Miss Tiara Pageant Peringkat Negeri Sabah Edisi Ke-2 serta Dewi Hijab Malaysia Kids & Teen Edition kini telah dibuka secara rasmi.
Acara mega yang bakal berlangsung secara serentak ini dijangka menghimpunkan peserta dari seluruh Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dalam sebuah acara kecantikan, bakat, keyakinan diri dan pembangunan sahsiah yang terbesar akan dianjurkan oleh AE Beauty Management.
Tawau, Sabah telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran edisi 2026 yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 hingga 5 Disember 2026. Para peserta bakal menikmati pengalaman eksklusif merangkumi sesi pembangunan diri, catwalk training, photoshoot profesional, pendedahan media, dan peluang memenangi gelaran berprestij.
Lebih menarik, acara ini bakal menghimpunkan peserta daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dalam satu pentas yang meraikan kepelbagaian budaya, bakat dan kecemerlangan generasi muda negara.
Penyertaan adalah terbuka kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai minat dalam bidang peragaan, pengucapan awam, pembangunan personaliti, kepimpinan dan aktiviti pentas. Program ini bukan sahaja mencari pemenang, malah membentuk ikon muda yang berani, berdisiplin dan mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Dengan reputasi penganjuran yang semakin berkembang serta rangkaian kerjasama di peringkat nasional dan antarabangsa, Miss Tiara Pageant Sabah dan Dewi Hijab Malaysia Kids & Teen Edition dijangka menjadi antara acara paling dinanti-nantikan dalam kalendar pageant Malaysia bagi tahun 2026.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi Miss Tiara Pageant Sabah State Level dan Dewi Hijab Malaysia Kids & Teen Edition di Facebook dan Instagram atau menghubungi talian rasmi pendaftaran di +6018-465 8135.
“Your Journey Begins Here. From Sabah To The National Stage, From Malaysia To The World.”
