ANOCF platform fesyen gabungan elemen tradisi dan kontemporari

Gambar Casey Jovial

KOTA KINABALU: 23 Mei 2026 – Program A Night of Cultural Fashion (ANOCF) memainkan peranan sebagai platform mengetengahkan bakat belia Sabah dalam bidang fesyen sambil memartabatkan budaya dan identiti etnik negeri ini menerusi rekaan moden.

Pengerusi Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) Negeri Sabah 2026, Casey Jovial berkata, ANOCF diwujudkan bagi memberi ruang kepada golongan muda, khususnya pereka pakaian lelaki, menampilkan kreativiti mereka melalui gabungan elemen tradisi dan fesyen kontemporari.

Menurutnya, ANOCF bukan sekadar pertunjukan fesyen, sebaliknya menjadi medium memperkenalkan keunikan adat, motif tradisi dan warisan budaya Sabah kepada masyarakat.

“Sabah mempunyai ramai pereka fesyen berbakat yang telah menerima pengiktirafan hingga ke peringkat antarabangsa. Ini membuktikan industri fesyen negeri mempunyai potensi besar untuk terus berkembang,” katanya dalam ucapan alu-aluan ANOCF RTK Negeri Sabah 2026.

32D73A7D 12A3 48EE 9553 3B3E97C14161

Beliau berkata, setiap rekaan yang dipersembahkan pada malam itu membawa identiti budaya tersendiri dan mampu memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menghargai warisan Sabah dalam dunia fesyen moden.

Dalam masa sama, katanya, penganjuran ANOCF turut selari dengan usaha RTK melahirkan belia yang berkeyakinan, berkepimpinan dan berani tampil membawa budaya Sabah ke tahap lebih tinggi.

Tambah beliau, program itu juga menjadi ruang membina disiplin, semangat kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan peserta sepanjang penglibatan mereka dalam RTK Negeri Sabah 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal