Sabahuddin juara Mr Kovac Gaman Sabah

WhatsApp Image 2026 04 16 at 18.35.38

KOTA KINABALU: 17 April 2026- Sabahuddin, seorang pengacara kelab malam popular dari Kota Kinabalu, muncul juara pertandingan Mr Kovac Gaman Sabah pada 11 April lalu.

Pertandingan tajaan penuh KOVAC itu mencabar semua peserta separuh akhir Gaman Sabah untuk menyampaikan hujah mengapa KOVAC Water menjadi pilihan terbaik.

Peserta turut menampilkan kreativiti menerusi pengucapan awam dan persembahan rap di hadapan juri.

image 9

Segmen Beach Wear turut diadakan dengan Joel Jerymn memenangi Best Physique dan Mr Popular.

image 11

Idham menerima gelaran Mr Sexy, manakala Alvin dinobatkan Most Sporting.

image 10

Selepas empat minggu cabaran, pertandingan itu kini menuju Grand Final di Poseidon Waterfront pada 25 April ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal