550 sertai festival catur Sabah Electricity sempena Hari Pekerja

10c05f22 acd0 4631 a8d3 9bd79cf1d120

KOTA KINABALU: 2 Mei 2026 – Sebanyak 550 peserta menyertai Festival Catur Kaamatan Sabah Electricity 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sempena sambutan Hari Pekerja.

Program anjuran Sabah Electricity Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sabah (PCNS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu menjadi platform mengeratkan hubungan warga kerja dan komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Haji Jaafar berkata penganjuran program itu turut mencerminkan penghargaan syarikat terhadap pekerja.

“Program seperti ini penting untuk menyokong keseimbangan antara kerjaya dan kesejahteraan mental warga kerja,” katanya.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan yang diwakili Ketua Penolong Setiausaha kementerian itu, Joseph Ivor Bachee.

Turut hadir Presiden PCNS, Muammar Julkarnain dan Pengarah KWSP Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Mohd Fadli Sarehan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal