Tati Gelvia Vanessa Unduk Ngadau Papar 2026

photo 2026 05 02 08 43 53

PAPAR: 1 Mei 2026 – Tati Gelvia Vanessa, dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan daerah Papar 2026 pada pertandingan akhir peringkat daerah Papar pada 1 Mei, wakil pertama yang rasmi ke pertandingan peringkat negeri yang dijadual berlangsung di KDCA bermula 31 Mei depan.

Kemenangan itu hadir bersama tanggungjawab besar apabila beliau membawa harapan untuk daerah Papar.

photo 2026 05 02 08 47 49

“Saya sangat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana semuanya berjalan lancar hari ini. Sekarang saya hanya mahu tenang, tarik nafas dan bersyukur kerana semuanya sudah selesai,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan.

Mengulas mengenai penyertaannya, beliau mengakui mempunyai sasaran, namun menegaskan fokus utamanya adalah untuk memberikan persembahan terbaik dan lancar di peringat negeri nanti.

Tati Gelvia juga merupakan peserta terawal yang mengesahkan tempat ke peringkat seterusnya, sekali gus meningkatkan harapan untuk mengharumkan nama daerah Papar di pentas negeri.

Gelvia turut merakamkan penghargaan dan berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu saya. Saya akan berusaha memberikan yang terbaik di KDCA nanti.”

photo 2026 05 02 08 40 03

Keputusan penuh pertandingan menyaksikan Gelvia Vanessa muncul sebagai johan, diikuti Camilla Grimaldi sebagai naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Cora Jean Cantwell. Rechael Olga menduduki tempat keempat, diikuti Bernardine Jeffrey di tempat kelima, Varyel Frederick di tempat keenam dan Vellova Veran Teo melengkapkan kedudukan di tempat ketujuh.

Dengan semangat dan sokongan yang padu, Tati Gelvia Vanessa kini bersedia menggalas cabaran seterusnya dalam usaha merebut gelaran Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal