20 warga asing ditahan di Labuan

IMG 2746

LABUAN: 12 September 2026 — Seramai 20 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan selepas 215 individu diperiksa di enam lokasi berasingan.

Tahanan terdiri dari 10 lelaki warga Indonesia, lima lelaki warga Filipina, tiga wanita dan dua kanak-kanak lelaki warga Filipina.

Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mereka kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Op Mahir, Op Kutip dan Op Bersepadu itu dijalankan pada 10 September dari 3.30 petang hingga 6 petang dan pada 11 September dari 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi, dengan membabitkan 41 anggota JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

JIM memaklumkan penguatkuasaan akan terus diperkukuh untuk membanteras PATI, salah guna pas dan penyalahgunaan kemudahan imigresen, termasuk terhadap pihak yang menggaji, melindungi atau membantu warga asing melakukan kesalahan imigresen.

Sumber: Jabatan penerangan WP Labuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal