168 Botol Air Diedar, We Care Society Sabah Anjur Kempen Kekal Hidrasi di Ujana Rimba

WhatsApp Image 2026 04 27 at 20.55.01

KOTA KINABALU: 28 April 2026 – Sebanyak 168 botol air minuman diedarkan kepada pengunjung dalam program Stay Hydrated Campaign anjuran We Care Society Sabah di Taman Ujana Rimba, baru-baru ini.

Program yang berlangsung dari jam 4.00 hingga 5.15 petang itu melibatkan 12 sukarelawan dan menyasarkan pengunjung yang menjalankan aktiviti riadah di taman berkenaan.

Kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pengambilan air minuman mencukupi ketika bersenam untuk mengekalkan prestasi fizikal dan mengelakkan dehidrasi.

image 31

Penganjur memaklumkan, tubuh manusia kehilangan elektrolit seperti natrium dan kalium melalui proses perkumuhan, yang boleh menyebabkan ketegangan otot jika tidak diganti dengan pengambilan air secukupnya.

image 30

Menurut mereka, inisiatif itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas, dan menerima maklum balas positif daripada pengunjung yang berharap program seumpama itu diteruskan.

image 32

We Care Society Sabah turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa membawa bekalan air minuman sendiri ketika bersenam, khususnya dalam keadaan cuaca panas, untuk memastikan tahap tenaga dan kesihatan kekal optimum.

WhatsApp Image 2026 04 27 at 20.55.00

Kempen Stay Hydrated Campaign dijangka diteruskan menerusi penganjuran edisi 2.0 dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal