“Osongulunan (Sendirian)” angkat kisah kesunyian dalam hubungan

IMG 3039

KOTA KINABALU: 18 Sept 2026 – Single terbaharu penyanyi Rosario Bianis, “Osongulunan (Sendirian)”, mengangkat kisah seseorang yang tetap berasa sunyi walaupun berada dalam sebuah hubungan.

Rosario berkata lagu itu membawa perjalanan emosi rasa rindu, kecewa dan kesunyian sebelum seseorang mencari kekuatan dan berserah kepada Tuhan.

“Kadang-kadang kita terpaksa menghadapi sesuatu seorang diri, tanpa tempat untuk meluahkan perasaan atau meminta pertolongan.

“Tetapi melalui kesunyian itu, lagu ini ingin mengingatkan bahawa kita masih boleh mencari kekuatan dari Tuhan,” katanya.

Menurutnya, dia memilih menyanyikan lagu itu kerana tertarik dengan cerita dan emosi yang dibawakan.

“Pada pandangan saya, lagu ini mempunyai ruang untuk pendengar menghayati dan mungkin mengaitkannya dengan pengalaman kehidupan mereka sendiri,” katanya.

Dari segi vokal, bahagian korus menjadi cabaran kerana mempunyai julat nada tinggi dan perlu dinyanyikan dengan suara lantang dan penuh emosi.

Muzik video lagu itu mengambil latar Kundasang kerana suasana dan pemandangannya dianggap sesuai dengan jiwa lagu, sekali gus menjadi kontras kepada cerita kesunyian yang diketengahkan.

Single itu boleh didengar menerusi Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Video lirik dan muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Gogds Entertainment.

Penggambaran dijalankan di Pine Tree Aesthetic, Kundasang dengan kerjasama Mount Kinabalu Golf Club, Hooga Cafe dan Deco Home Summit.

Muzik “Osongulunan (Sendirian)” dicipta KevinGogds dan Rexynoell James Gerard, manakala lirik ditulis Marcollate Viola Marcus dan Jairah Marcus.

Muzik video itu diarahkan dan disunting MichaelGogds, dengan KevinGogds sebagai pengarah bersama. Bryan Soo dan Jane Alysa Jelius muncul sebagai pelakon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal