Muzik Video “Tambalut Oniniku” sentuh jiwa persahabatan dan emosi kanak-kanak

Red Dark Gradient Sport Boxing Facebook Post 22

KOTA KINABALU: 28 April 2026 – Muzik video “Tambalut Oniniku” membawakan pendekatan emosional dan realistik, mengisahkan persahabatan dua kanak-kanak di kampung yang terpaksa berpisah akibat masalah keluarga. Kisah ini menyentuh perubahan emosi yang dialami semasa proses membesar.

“Sejujurnya, saya memang rasa teruja bila dapat peluang mengarah MV ini. Dari awal idea sampai ke penggambaran, saya gembira sepanjang proses,” kata pegarah muzik video, Adam Emanuel Kwek.

Menurut Adam, karya ini mungkin kelihatan sederhana, tapi ia membawa realiti kehidupan yang dekat dengan semua lapisan masyarakat.

Adam perjelaskan dengan berkata, “Saya banyak terinspirasi dengan filem Indonesia. Cara mereka bercerita sangat jujur, tak terlalu dramatik tapi tepat kena pada hati.”

“Biarpun nampak simple, tapi orang boleh mengalami jiwa yang dibawakan dan mungkin teringat kembali kenangan mereka sendiri,” katanya.

Dari segi cerita, muzik video ini mengisahkan dua kanak-kanak di kampung yang bersahabat erat. Namun akhirnya mereka terpisah kerana perubahan keadaan keluarga.

Cerita ini selari dengan lirik lagu seperti:

  • “tertawa bersama, bertengkar tak lama”
  • “esok remaja banyak berubah”

Karya ini menggambarkan realiti bahawa hubungan sesama manusia boleh berubah apabila usia meningkat.

Muzik video ini juga memberi fokus kepada emosi seorang kanak-kanak yang menghadapi perpisahan. Ada babak di mana anak meluahkan perasaan kepada ibunya yang mendengar dengan empati.

Menurut Adam, elemen ini penting untuk menunjukkan bahawa ibu bapa perlu menjadi pendengar yang memahami emosi anak-anak.

Karya ini juga disokong oleh mesej positif dalam lagu seperti:

  • “pesan ibu tetaplah bersahabat”
  • “harungi hidupmu, hargai dirimu”

Mesej ini membawa makna yang mendalam tentang kehidupan dan pembentukan peribadi seseorang.

Adam berkata, “MV ini bukan sekadar kisah persahabatan, tetapi juga tentang proses kematangan seorang anak dari segi emosi dan mental dalam mengharungi usia dewasa.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal