Ubat Tidak Sah Ancam Kesihatan Rakyat

IMG 20260906 WA0044

TUARAN: 6 September 2026 — Penggunaan ubat tidak sah boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan, termasuk kerosakan buah pinggang, kegagalan fungsi hati, malah membawa maut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kembara Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) membuktikan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama kerajaan negeri dalam melindungi rakyat dari ancaman produk kesihatan, ubat-ubatan tidak sah.

Katanya, kewujudan platform digital, media sosial menyebabkan produk kosmetik, suplemen, ubat-ubatan tidak berdaftar semakin mudah dipasarkan.

“Kesihatan, keselamatan rakyat tidak boleh dan tidak akan sesekali dikompromi.

“Penguatkuasaan semata-mata tidak memadai. Benteng pertahanan paling ampuh ialah masyarakat yang berpengetahuan, berwaspada, mampu membuat keputusan tepat,” katanya ketika merasmikan Kembara TOBaTS Zon Borneo 2026 di Dewan Seri Sulaman pada Sabtu.

Hajiji mengajak rakyat mengamalkan budaya semak melalui MyUbat sebelum membeli ubat, memastikan pendaftaran dengan KKM, dan mendapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor.

Beliau turut mahu lebih banyak fasiliti perubatan, hospital pakar dibangunkan di Sabah.

Kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah (YS) dengan IJN Sdn Bhd yang dimeterai April lalu turut melibatkan pembinaan hospital jantung bertaraf dunia di Kota Kinabalu.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal