Usia, kurang minat punca 10,000 hektar sawah terbiar

IMG 1830

KOTA KINABALU: 27 Ogos 2026 — Faktor usia pemilik tanah dan kurang minat mengusahakan sawah menyebabkan kira-kira 10,000 hektar kawasan sesuai untuk tanaman padi di Sabah masih belum diusahakan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, daripada kira-kira 25,000 hektar kawasan yang sesuai untuk tanaman padi, hanya 15,000 hektar sedang diusahakan.

“Baki 10,000 hektar tidak diusahakan antaranya disebabkan faktor usia pemilik tanah dan kurang minat untuk mengusahakan sawah,” katanya ketika ditemui media di Kepayan, pada Rabu.

Katanya, kerajaan negeri bekerjasama dengan syarikat swasta untuk membangunkan kawasan berkenaan menerusi pendekatan mini estet padi berskala sekurang-kurangnya 300 hingga 500 ekar.

Enam mini estet sudah diwujudkan setakat ini, dengan pendekatan itu membolehkan pengurusan tanaman padi dilaksanakan secara lebih tersusun seperti pengurusan estet komoditi lain.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal