KOTA KINABALU: 27 April 2026 – Taman-taman Sabah (TTS) menyertai International Horticulture Korea 2026 yang berlangsung di Ilsan Lake Park, Goyang City, Korea Selatan dari 24 April hingga 10 Mei ini.
Penyertaan itu mengetengahkan keunikan Sabah sebagai pemilik UNESCO Triple Crown dan kekayaan biodiversiti negeri, termasuk ikon flora dunia iaitu Rafflesia, bunga terbesar di dunia.
Pameran berkenaan bertemakan Flowers, Coloring Time dan menjadi antara acara hortikultur terbesar di peringkat antarabangsa.
Majlis perasmian rasmi pada 24 April lalu disempurnakan oleh Lee Dong-hwan.
Sebagai sebahagian usaha memperkukuh jaringan kerjasama global, TTS turut mengadakan sesi padanan perniagaan pada 25 April bersama Royal Park Rajapruek dari Chiang Mai, Thailand.
Kerjasama itu bertujuan meneroka peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pendidikan alam semula jadi dan pengurusan taman bertaraf dunia.
Penyertaan berkenaan mencerminkan komitmen TTS dalam mempromosikan khazanah alam Sabah di peringkat antarabangsa, sekali gus memperkukuh peranan negeri ini sebagai destinasi biodiversiti global.
Sumber : Sabah Park
