KUALA LUMPUR: 26 April 2026 – Pertarung kelahiran Sabah, Emmabell Cassandra, mencipta kemenangan bergaya apabila menewaskan wakil Indonesia, Winona Karamoy, dalam aksi wanita Byon Combat Showbiz 7, Jumaat lalu.
Emmabell menguasai pertarungan empat pusingan yang berlangsung mengikut peraturan tinju profesional tanpa pelindung kepala menggunakan sarung tangan 10 auns.
Keputusan juri sebulat suara memihak kepada Emmabell sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama buat Winona.
Winona mengakui kehebatan lawannya selepas tamat pertarungan dengan berkata “Emmabell adalah wanita yang cantik, wanita yang kuat. Hari ini belum rezeki saya.”.
Sementara itu, Emmabell yang memuji Winona berkata, “Winona seorang wanita hebat. Dia mempunyai semangat juang tinggi dan potensi besar dalam dunia tinju.”.
Pertarungan itu menjadi satu-satunya aksi wanita dalam karnival Byon Combat Showbiz 7 yang menghimpunkan peserta dari Malaysia dan Indonesia.
Kejayaan berkenaan turut mengharumkan nama Sabah apabila atlet wanita tempatan berjaya menyerlah di pentas antarabangsa.
