Syed Saddiq, Bella Astillah nikah 10 Oktober ini

IMG 1435

KUALA LUMPUR: 20 Ogos 2026 — Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal melangsungkan pernikahan pada 10 Oktober ini di Aras 118, Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Pengumuman itu dibuat menerusi program MeleTOP di Astro Ria malam tadi, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai tarikh bahagia pasangan berkenaan.

Syed Saddiq, berkata konsep serba putih dengan elemen tradisi Arab dan Islamik dipilih atas permintaan keluarga.

“Kita hanya boleh bermula proses merancang perkahwinan selepas tamat cabaran saya di Mahkamah Persekutuan pada Julai,” katanya.

Bella, berkata keikhlasan dan sifat baik hati Syed Saddiq ketika bekerja menjadi antara faktor yang membuka hatinya untuk menerima ahli politik itu.

Menurut Syed Saddiq, perkahwinan itu turut membabitkan dua cahaya mata Bella, Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

“Hubungan ini bukan sekadar saya dan Bella, ia melibatkan Ayden dan Ara,” katanya.

Pasangan yang bertunang pada 28 Mac lalu itu turut merancang mengadakan majlis persandingan dan resepsi di Kuala Lumpur, Muar, Johor dan Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal