Sabah terima penuh kuasa kawal selia elektrik

de470281 2146 4919 84f6 1fab489a580a

KUALA LUMPUR: 10 Oktober 2026 – Kerajaan Persekutuan memuktamadkan penyerahan penuh kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah.

Langkah itu sebahagian daripada 12 perkara utama di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berjaya diselesaikan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat kelmarin.

Beliau menjelaskan, walaupun kuasa kawal selia diserahkan sepenuhnya ke pentadbiran negeri, Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan dana untuk memastikan kestabilan bekalan tenaga di seluruh Sabah.

“Kuasa kawal selia elektrik diserah kepada Sabah, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan RM600 juta untuk menjamin kelangsungan bekalan,” katanya.

Selain penyerahan kuasa utiliti itu, Anwar turut mengumumkan rundingan rasmi bersama kerajaan Sabah dan Sarawak akan diteruskan untuk memuktamadkan formula tahunan Pemberian Khas yang lebih adil dan mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal