PUCHONG: 19 Ogos 2026 — Sabah mengekalkan emas acara Berpasukan Wanita Sepak Takraw untuk edisi keenam berturut-turut selepas menewaskan Perak 2-0 pada final SUKMA XXII Selangor 2026, hari ini.
Kejayaan itu meneruskan rentetan kejuaraan Sabah sejak 2014, diikuti edisi 2016, 2018, 2022 dan 2024.
Skuad Sabah yang dibimbing Suthep, Faizan dan Daut menghadiahkan satu lagi pingat emas kepada Kontinjen Sabah dalam saingan SUKMA XXII Selangor 2026.
Setakat kemas kini terakhir pada jam 8.10 malam 18 Ogos, Sabah mengumpul 10 emas, lima perak dan enam gangsa untuk keseluruhan 21 pingat dan berada di kedudukan kelapan.
Sumber: Majlis Sukan Negeri Sabah

