Sabah tewaskan Selangor 17-13, raih emas boling padang

IMG 1369

KLANG: 19 Ogos 2026 — Sabah menewaskan tuan rumah Selangor 17-13 dalam final Boling Padang Men Triples SUKMA XXII Selangor 2026 di Stadium Bayuemas Indoor Bowls, kelmarin.

Trio Sabah yang dibarisi Aiman, Azami dan Elldy menamatkan saingan dengan kelebihan empat mata untuk menghadiahkan emas kepada Kontinjen Sabah.

Emas itu menjadikan kutipan Sabah kepada 10 emas, lima perak dan enam gangsa, keseluruhan 21 pingat, setakat jam 8.10 malam 18 Ogos.

Sabah kini berada di kedudukan kelapan dalam pungutan pingat SUKMA XXII Selangor 2026.

Firdaus bertindak sebagai pengurus pasukan dan jurulatih skuad Boling Padang Sabah.

Sumber: Majlis Sukan Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal