Perogol di Tawau ditahan polis

FB IMG 1789802935597

oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

TAWAU: 19 September 2026 – Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan polis selepas terbabit dalam kes rogol seorang wanita berusia 19 tahun di sebuah kediaman perumahan rakyat di Kampung Titingan, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi bin Mat Jusoh berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan kira-kira jam 10 malam di kediamannya, pada khamis lalu.

Menurutnya, polis menerima laporan dari mangsa yang mendakwa dirogol suspek yang dikenalinya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam selepas mangsa membenarkan suspek masuk ke kediamannya untuk membantu membaiki telefon bimbit miliknya.

Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa ke bilik sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal