Rinongkitan Dusun Kiau mendapat pengiktirafan KDCA

WhatsApp Image 2026 04 27 at 16.01.04

KOTA BELUD: 27 April 2026 (Ahad) – Usaha komuniti Dusun Kiau dalam memelihara warisan baju tradisi Rinongkitan menerima pengiktirafan dari Kadazandusun Cultural Association (KDCA) menerusi satu lawatan penilaian dan penyerahan surat pengiktirafan di Dewan Terbuka GOMPITO, Kampung Kiau Nuluh, kelmarin.

Lawatan berkenaan diketuai Pengerusi Majlis Wanita KDCA merangkap Penasihat Unduk Ngadau, Tindarama Datuk Joanna Kitingan, yang hadir untuk membuat penilaian keaslian dan dokumentasi baju tradisi Rinongkitan yang merupakan identiti masyarakat Dusun Kiau.

image 20

“Pengiktirafan ini lahir dari usaha komuniti sendiri, bukan dari kami. Kami hanya menerima dan mengiktiraf,” kata Datuk Joanna sambil menekankan bahawa ia lahir dari usaha berterusan masyarakat Kiau.

Katanya, komuniti Dusun Kiau merupakan pemilik sebenar ilmu, sejarah dan keaslian baju Rinongkitan, termasuklah motif dan teknik sulaman yang diwarisi sejak sekian lama.

Sementara itu, menurut Pengerusi Pemegang Amanah Rinongkitan Dusun Kiau, Wahimah Sulaiman, usaha dokumentasi dan pengiktirafan itu melibatkan proses menyeluruh termasuk kajian motif, rekod sejarah dan temu bual bersama pengamal seni sulaman dalam komuniti.

WhatsApp Image 2026 04 27 at 16.01.05

Katanya, inisiatif tersebut penting untuk melindungi warisan dari peniruan dan penyalahgunaan motif asli oleh pihak luar tanpa pengiktirafan sewajarnya.

“Program ini juga bertujuan memastikan ilmu sulaman diwariskan kepada generasi muda dan menjadikan Rinongkitan sebagai produk budaya yang mampu menjana ekonomi setempat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Kiau Nuluh, Joseph Gimbu berkata dokumentasi seni Rinongkitan amat penting bagi memastikan generasi muda tidak kehilangan pengetahuan terhadap motif dan makna asal pakaian tradisi itu.

image 21

Jelas Joseph, pengiktirafan KDCA itu juga menjadi satu pengiktirafan besar terhadap usaha komuniti dalam mengekalkan identiti budaya mereka.

“Saya amat berbangga dengan usaha gigih komuniti, khususnya Pemegang Amanah Rinongkitan Dusun Kiau di bawah Persatuan GOMPITO,” katanya.

Datuk Joanna turut mencadangkan supaya bengkel pakaian tradisi dianjurkan secara berterusan dengan penglibatan pelbagai komuniti di Sabah.

Tambahnya lagi, pakar sebenar dalam seni Rinongkitan adalah komuniti itu sendiri, dan ilmu tersebut perlu terus didokumentasikan untuk rujukan masa hadapan.

WhatsApp Image 2026 04 27 at 16.01.04 1

Program yang berlangsung dari jam 1.30 petang hingga 5.30 petang itu turut mendapat sokongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua-ketua kampung dan Persatuan GOMPITO dalam usaha memperkukuh pemeliharaan warisan budaya Dusun Kiau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal