Raih RM63 juta dengan tujuh perkataan? Messi dalam teaser Spider-Man sukses curi perhatian dunia

44afdd82 1159 439a 8d15 683f00153e69

NEW YORK: 2 Julai 2026 – Teaser promosi filem Spider-Man: Brand New Day menjadi tular selepas menampilkan bintang bola sepak Lionel Messi dalam kemunculan selama 20 saat.

Pemain Argentina itu hanya melafazkan tujuh perkataan ringkas sepanjang adegan tersebut: “Sí”, “Spider-Man”, “Sí”, “Sí”, “¿Cómo?” dan diakhiri dengan laungan “Woooooooow!”.

Video itu menunjukkan watak Peter Parker (Tom Holland) terkejut melihat Messi di sebuah kafe di New York. Messi kemudian memaparkan aplikasi Spidey Tracker dan bertanyakan lokasi Spider-Man.

Tidak lama kemudian, Spider-Man muncul dan membawa Messi berayun merentasi bangunan pencakar langit New York.

Terdapat dakwaan menyatakan Messi menerima bayaran AS$15 juta (RM63 juta) untuk penampilan tersebut. Bagaimanapun, jumlah itu masih belum disahkan secara rasmi oleh Marvel, Sony Pictures atau wakil Messi.

Filem Spider-Man: Brand New Day dijadualkan ditayangkan pada 31 Julai ini.

Ramai netizen berseloroh bahawa setiap patah perkataan Messi bernilai jutaan ringgit sekiranya dakwaan bayaran tersebut benar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal