BOSS Sokong Larangan Masuk Pengarah Bersih ke Sabah

Kenny Chua 26

KOTA KINABALU: 2 Julai 2026 – Bantuan Orang Susah Sabah (BOSS) menyokong keputusan kerajaan negeri melarang Pengarah Eksekutif Bersih, Asraf Sharafi, daripada memasuki Sabah.

Presiden BOSS, Datuk Kenny Chua, berkata tindakan itu selaras dengan hak imigresen Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut Kenny, Sabah tidak memerlukan individu dari Semenanjung untuk mengetuai atau menyertai perhimpunan bantahan kerana rakyat tempatan mampu menentukan sendiri perkara terbaik untuk negeri ini.

Beliau menasihatkan Asraf supaya fokus pada isu di Semenanjung dan menyerahkan urusan Sabah kepada penduduknya sendiri.

Kenny turut menyokong penuh Ketua Menteri Hajiji Noor dan menegaskan bahawa larangan masuk bukan perkara baharu.

Beliau mengingatkan bahawa pada 2013, beberapa pemimpin seperti Lim Kit Siang, Teresa Kok, Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim, dan Nurul Izzah Anwar juga pernah dihalang memasuki Sabah. Kuasa ini penting untuk melindungi kepentingan negeri dan mengekalkan ketenteraman awam.

Terdahulu, Asraf dihalang masuk sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 30 Jun lalu selepas diserahkan Notis Amaran Sabah (NAS).

Bersih mempersoalkan asas undang-undang sekatan itu dan mendakwa ia dilakukan beberapa hari sebelum perhimpunan antirasuah Gempur Rasuah Sabah 3.0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal